CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Wednesday, July 03, 2013

Nasi Sudah Jadi Bubur

Assalamualaikum semua..

Dah lama fira tak update blog..amasuk final semester ni memang bz sangat..nak buka blog ni pun jarang..hehe..alhamdulillah dah habis pun paper final exam..semua orang tolong doakan fira berjaya dunia akhirat yea..dan dipermudahkan dalam semua urusan pada masa akan datang.. sedar tak sedar dah habis degree..inshaALLAH..heee..sekejap je masa berlalu kan..pejam celik pejam celik..

Tak lama lagi nak habis belajar dah..mixed feeling orang puteh cakap..hehe..ada sedih ada happy..sedihnya kena tinggal kawan2 dah..nanti semua kawen semua ikut husband sendiri dah..tapi itu memang lumrah kan..setiap pertemuan ada pengakhirannya..tak gitu?? heee..

Sepanjang semester ni banyak benda suka duka yang berlaku..tapi fira ni manusia biasa yang ada banyak kelemahan..selalu je buat salah dengan orang..kadang2 termarah..kadang2 emo..kadang2 rasa nak jerit..kadang2 rasa nak nangis tanpa sebab..itulah perempuan..

Lepas exam mak tanya bila nak cari bakal suami..hehe..soalan cepu mas tu kan..ntah laa..kadang2 tak tau nak cakap macam mana..sebab rasa macam susah nak buka pintu hati lagi..mungkin satu hari nanti Allah akan bagi orang yg boleh bersabar dengan perangai fira..macam yang fira cakap tadi..fira tak perfect..banyak sangat kekurangan..mak ni mesti tak sabar nak dapat menantu laki kan?? hehe..

Kesian mak kan..dah jaga fira dah 23 tahun..kalau kawen cepat dah kurang beban mak nak jaga sorang anak dara mak yang degil ni kan..hehe..mak selalu cakap..bukan senang nak jaga sorang anak perempuan daripada 10 anak lelaki..sebab anak perempuan ni kena jaga betul2..kena jaga maruah dia..kena tegur selalu..mak cakap jugak..bila dah kawen nanti mak nak suruh husband didik bg jadi tak degil..haha..beruntung sangat dapat mak macam MAK..i love you mak..semoga mak terus sihat selalu..

Cakap pasal jodoh ni..semua yang berlaku mesti ada sebabnya kan..lepas dah tak ada boyfriend setahun lebi h yang lepas..ecece..maksudnya dah clash laa dulu tu..hehe..tiba2 ntah macam mana fira boleh tersuka kat sorang ni..tapi nak buat macam mana dah bukan jodoh kot..to be honest, fira memang susah nak suka orang tau..ntah laa..rasa rimas geli menyampah..semua ada lah..haha..tapi dengan sorang ni je fira boleh dengar nasihat dia..boleh terima pendapat dia..kadang2 memang terasa gila dengan dia..tapi selalu okay je bila dia tegur..sebab apa sebab dia ni matang..

And to be honest jugak, suka lah berkawan dengan dia ni sebab dia ni dah banyak sangat bagi nasihat kat fira..nasihat dia selalu nak sama macam arwah ayah cakap..bila first time kenal dia dulu..dia bagi nasihat..dah mula syak dah..and dah mula tertanya2..kenapa semua nasihat dia sama macam AYAH cakap dulu2..and starting tu lah dah mula start suka dia..almost 2 years jugak..tapi mula2 anggap macam abang je..ntah kenapa jadi lain plak..hehehe..tapi bagi fira bila fira kawan dengan dia ni..rasa macam ayah selalu ada bagi nasihat..

Tapi disebabkan salah fira jugak, dia pun dah taknak kawan dengan fira lagi dah..memang rasa sangat sedih sebab rasa dah hilang nasihat macam ayah dulu2 selalu bagi for da second time..walaupun ayah memang dah takde tapi at least ada orang yg boleh bg nasihat macam tu..(oh..tiba2 bergenang plak air mata ni).. nampak sangat fira ni anak ayah..memang rapat sangat ngan ayah..rasa macam baru semalam ayah meninggal..semoga ayah tenang di sana yea..setiap hari fira doakan untuk ayah..fira akan ingat pesan ayah suruh jaga adik2 samapai berjaya..inshaALLAH..since ayah tak ada ni banyak sangat benda jadi..but as KAKAK.. i have to be strong rite..ada orang cakap yg fira ni manja..tp luaran je kot..dalam diorg tak tau..hehe..gila kental macam batu..

Eh tetiba plak sesi luahan perasaan..haha..sudah2 lah tu fira..menyesal pun tak guna dah..hehe..kalau lah boleh undur masa..fira memang akan jaga hati dia baik2..sebab dia kawan yang baik..sedih hilang kawan macam dia..dalam erti kata lain..dah tak dapat dengar nasihat mcm ayah selalu cakap lagi..pape pun..fira memang akan sayang dia tak tau lah sampai bila..hanya Allah yg tau..hehe..eh jiwang plak..tapi fira memnag sangat appreciate dia sangat kot..kenapa lah dia tak pernah tau semua ni..rasa hormat tinggi sangat..tapi sometimes fira kena bersuara jugak..tapi bukan bermaksud fira tak respect dia..susahkan bila message kan..kadang2 kita tak faham intonasi apa yg nak disampaikan..terus salah faham..hehe..takpe lah..macam mana marah pun kat dia at least akan cool down..sebab fira rasa fira dah boleh terima perangai dia seadanya..eh whatever lah fira..bukan boleh ulang masa balik mintak maaf balik ke semua..nasi dah jadi bubur..kalau dapat peluang kawan balik dengan dia of course akan hargai btol dia as kawan..

Okay lah ..nasihat fira pada kawan2 yang lain..hargai lah orang yang sabar dengan perangai kita..sebab bila hilang orang tu dah susah nak dapat orang yang sama lagi..hehe..jangan jadi macam fira ni yang tak tau hargai orang..i feel bad..huhu..

Pape pun semua orang doakan kejayaan fira okay..teruskan berdoa supaya one day kita semua berubah kepada lebih baik..inshaALLAH:)



Sunday, May 12, 2013

Khabarkanlah Cintamu Kepada Allah

Assalamualaikum semua..dah lama tak update blog..hehe..al maklumlah sekarang dah bz dengan macam2 hal..hehe..fira ada terbaca satu post from ILUVISLAM..

"Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"

1 ) Pendam dan luahkan pada Allah

Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusaha lah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikan itu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan berikan yang 'sekufu' iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;

"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)

2) Nilai dan selidiki sebelum mencintai

Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.

Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakannya dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya"
"Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?" 
Ya, benar!. Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.

3) Jauhilah 'bercouple

Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, "la taqrabuz zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"  yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak termasuk di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
"Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia"
"Ana jarang telepon..."
"Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je"
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melaku zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau'uzubillah
4) Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah (berbincang) meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadaNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas asbab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang. 
5) Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada petunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang dan yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak di sini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu. Couple ni memang indah tetapi beracun. 
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.

Sunday, March 03, 2013

No One Is Perfect





No one is perfect. Which is why pencils were made with erasers, and apologizes were created. Many of us in life have made mistakes, big or small. We all don’t know everything that we should know, and most certainly we are always trying to get better at something that we do. To some people it might seem like a person has everything going for them, or that everything gets handed to them to easy. Like they are perfect. But in reality they are just as imperfect as everyone else in this world.

No matter who you are I am positively sure that you have made some kind of mistake in your lifetime. Even the most famous and important people have messed up a few times to many. Making mistakes is part of life, and you can never get hard on yourself just because you might have messed up a little bit. Always take this opportunity to learn from your faults and know how to handle the situation next time, or even avoid it all together so there is no chance of it happening again. No one is perfect, making a mistake is not going to be the end of your life. But it might just benefit you in the future.


There are always going to be really smart people in the world, but just because they are smart does not mean that they know everything. At some point everybody wishes to be smarter and that is never a bad thing. But have the urge to be smarter for the amount of knowledge you are going to gain not because you want to be smarter than someone else. Because honestly, the chances are they really are not as smart as they come across to be. Making mistakes helps you gain experience which in the end makes you smarter. Being imperfect can really have its advantages. Being smart is never about the amount of questions you can answer correctly, or the number of A’s on your report card. It’s about being able to do things to your best ability.


That one person that you think has the best life, and you think is so smart, didn’t just wake up one day and have all of that handed to them. These people are not perfect. They actually work hard for what they have and they plan on keeping it that way or possibly even making it better. But why would someone you consider to be perfect want their lives to get any better? Maybe to them there is no perfect, like I said; maybe there is always space to get better. Just because things look good from the outside, does not mean that it really is good on the inside. People only show what they want others to see. They could be struggling with something internally and you would never hear about it. Never assume that someone is “perfect” by just looking at them. Some people have made a lot of mistakes just to get where they are now.


There is always room to make mistakes, and to learn, and to work hard, and even to grow as a person. Everyone has made a mistake in their life, no one has learned everything the world has to offer them. Not one person who has walked on this planet has claimed the title of being perfect. Everyone has their flaws, and being imperfect is just human.

Wednesday, February 06, 2013

Mas Kahwin : Senaskah Al-Quran

Assalamualaikum semua..rajin plak fira update blog..actuallynya sekarang tengah cuti semester..tp ada juga tasks yang nak kena buat..so everyday online lah jawabnya..research pon research jugak..tp bila online ada la baca article ni..so memandangkan sekarang ni musin orang kawen..so terbaca lah satu artile pasal mas kahwin ni..hee..so meh la fira share kat sini yea..article ni dipetik dari ILUVISLAM..




Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.


Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu. 

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut. 

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya. Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang. Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.
 

Monday, February 04, 2013

Syukuri Nikmat Ujian


Assalamualaikum semua, fira ada terbaca kat "I LUV ISLAM" article ni..so jom la kita baca sesama yea..Tak dinafikan, sebagai seorang manusia biasa yang tak ada apa2..kita selalu buat salah..kadang2 iman kita berkurang..kadang2 iman kita bertambah..semoga iman kita bertambah dari sehari ke sehari..AMIN..

Tengok baby kecik ni pon tau bersyukur tau..hehehe

 

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau kurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.

Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila  Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana  Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani  boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.

Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan." Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. 

P/S : Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan musibah yang Allah dah tetapkan untuk kita..AMIN:)

Sunday, February 03, 2013

Kawen Kawen Kawen

Assalamualaikum semua, dah  lama fira tak update blog ni..hee..macam malas pon ada..macam bz pon ada..and sometimes macam tak tau nak tulis apa kat blog..Alhamdulillah kita dah masuk tahun baru yea kawan2..tahun ni umur pon dah makin meningkat lah yea..hehe..fira pon dah 23 years old..Masa2 ni lah semua orang sibuk nak tanya pasal kawen..pastu plak ramai kawan2 fira yang dah kawin..Dah ada 4 orang my batch mates kat TKC dah kawen..and dah pregnant..Alhamdulillah..hehe..tak sabar nak dapat anak buah ni..hee..kalau tanya fira bila nak kawen..SORRY! saya belum ada boyfriend yea..belum terbuka hati lagi kot..In Sha Allah one fine day kot..hee..ni gambar kawan2 fira yang dah kawin..

Dewi and Hafiz

Aliaa and Hakim
Dinie and Yazmir
Juge' and Ariff

3 pasangan ni dah bakal nak jadi mak ayah dah..heee..kejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik dah kawen dah semua..dulu asa kat TKC sama2 main netball..sama2 buat English Drama..sama2 buat belajar..siapa pulak kawen lepas ni?? adakah Fatin and Shahiran?? Iza Can dan Helmy?? Dlow and Haziq?? haha..semua cepat2 kawen yea..


Turn fira lambat lagi yea kawan2..jangan tanya okay bila..heee..nnt dah nak kawin kad akan sampai..jgn risau bukan dalam masa terdekat..hehe..lama lagi..heee..fira ada terbaca artikel pasal perkahwinan ni..jom sama2 baca jom!


" Semua pasangan yang melangkahkan kaki mereka ke alam perkahwinan bercita-cita untuk membina sebuah mahligai yang kekal bahagia dengan penuh keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Bagi mencapai matlamat ini, bererapa panduan berikut boleh direnungi bersama :-"
  
1) Meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. 

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."(Surah Al-Furqan, Ayat 74)

2) Menyedari pada hakikatnya bahawa pasangan adalah jodoh yang telah ditentukan Allah s.w.t.
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-An'am, Ayat 17)

3) Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri sepertimana dituntut dalam agama Islam. 

"...mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." (Surah Al-Baqarah, Ayat 187)
Pakaian di sini bermakna melindung, menanggung dan mengukuhkan antara mereka. Oleh itu, rumahtangga yang misali di sisi Islam adalah apabila sepasang suami isteri saling bantu-membantu antara satu sama yang lain di setiap aspek hidup berumahtangga.

4) Mewujudukan ikatatan persaudaraan Islamiah sesama suami isteri

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al Hujuraat, Ayat 10)

Sebagai saudara seiman dan seagama, hidup berumahtangga akan saling menyayang, saling bertolak ansur, saling memaafkan dan saling mengerti. Maka apabila berlaku pergesaran, insya ‘Allah dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

5) Memahami bahawa Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. lebih tinggi daripada segalanya sebagai seorang mukmim.

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (suami-suami), kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At Taubah, Ayat 24)
Akan tetapi bagi seorang suami, ibubapa adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Manakala, bagi seorang isteri pula, suaminya adalah tempat kedua dan diikuti ibubapanya. Dari itu, suami isteri harus saling mengerti hak dan kedudukan ini agar menjadi seorang mukmin.

6) Sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t. kebahagiaan kehidupan berumahtangga.

"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah Ar Rad, ayat 29)

Insya ‘Allah, rumahtangga yang dibina kekal bagi mereka yang berjaya menghayati panduan-panduan tersebut. "Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)-Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya." (Surah An Nisa, Ayat 175)


P/S : Semoga rumah tangga yang dibina kekal sampai ke syurga..AMIN:)






Friday, September 07, 2012

Allah Lebih Sayangkan HambaNya

Assalamualaikum semua, apa khabar semua?? dah lama fira tak update blog..bz lah katakan..hehe..orang lain sibuk bercuti..tp fira amik short semester..Alhamdulillah..I'm done with my examination..sedar tak sedar this coming Monday dah start new semester macam biasa..lagi lah bz kan..mesti tak sempat nk update blog lg..sebulan sekali pon jadi lah..hehe..

Gambar kat atas ni batch fira di TKC..144 semuanya..as one batch kami semua memang rapat..mana tak rapatnya..since form 1 nangis sama2 ketawa sama2 buat kerja sama-sama, belajar sama-sama..semuanya sama-sama..Kami semua diibaratkan seperti satu keluarga..secara jujurnya, fira tak pernah jumpa sisters macam my batch mates..i really love them sooo much!! bila sorang sedih semua akan berkongsi kat page kitorg..bila sorang kawen dari Sabah Sarawak semua akan turun..itulah BATCH SPIRIT yg tak akan hilang even semua orang dah ada family masing2 pon..hehe..

From left: Arine, Arwah Adzreen, Nazi, Mirrelle and Me

On 3rd September, satu berita sedih melibatkan batch kami, iaitu Adzreen bt Dimyati..On that time fira kat surau tengah tunggu nk solat Zohor dan menduduki exam intersesi.. tiba2 dapat BBM daripada batchmates Adzreen dah passed away sebab accident di Moscow..On that time terus terduduk n tak berkata apa-apa..tak mampu nak tersenyum lagi..rasa sangat sedih..sebab one of our sisters already left us..air mata mula bertakung tp masih berjaya control sebab nak masuk exam..masa tu dah macam2 fikir macam mana kembar dia nnt?? macam mana Adzwin nnt??Adzwin adik kembar arwah Adzreen.. Lepas keluar exam baru lah on handphone balik..dah ramai orang post pasal accident yg melibatkan Adzreen dan rakan2nya otw balik ke universiti diorg dari airport Moscow..After few hours try untuk terima kenyataan..ALHAMDULILLAH..dah boleh terima Adzreen bt Dimyati dah pergi tinggalkan kami semua..da last time i met her masa bulan puasa last year..Arwah Adzreen seorang yang baik sangat..dia seorang yg pendiam..fira selalu jugak lah kena tarik tudung ngan dia..hehee..tu lah memori dengan adzreen..Adzreen satu house dengan fira..BLUE house..

Alhamdulillah, kawan2 cakap Adzwin dah ok..be strong Adzwin..I love her, we love her, Allah loves her more..Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned. [Al-Anbiya’:35]..DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI..

The next day pulak dikejutkan dengan pemergian Adik Ummi Amira bt Zulkafli..Ummi pon my beloved batch mates jugak di TKC..Adik Ummi meninggal sebab accident..Ya ALLAH semoga Adzwin dan Ummi Amira sekeluarga tabah menerima dugaan dari ALLAH.. Org2 baik ni Allah sayang..sbb tu Dia panggil balik cepat..kita pun sayang dia tp apalah sangat kasih sayang kita nk dibanding dgn kasih sayang Allah yg Maha Agung..jgnlah sedih dgn pemergian arwah..sbb dia pasti gembira kembali kpd Pencipta dia, Pencipta kita semua..kita pun bakal menyusul..just a matter of time..

InsyaALLAH according to adik arwah, Jenazah Adzreen & Hanisah akan sampai di Malaysia malam ni or pagi esok Sabtu,2pagi..Semoga dipermudahkan segalanya Ya ALLAH..fira masih di Penang, insyaALLAH dah balik Shah Alam nnt nak pergi visit Adzwin dan family..insyaALLAH..Marilah kita sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah Adzreen bt Dimyati, Hanisah Muhd Shah dan jugak adik Ummi Amira, Zubair Irwann Zulkafli..semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman..Amin..

Wednesday, August 15, 2012

Maafkan Kesalahan Orang Lain



Assalamualaikum semua!!Dah lama tak update blog..hehe..banyak perkara sedih suka duka manis pahit jadi..tapi takpe la..sebagai hamba Allah mesti selalu di uji..hee..sabar dan redha..

Hidup terlalu singkat untuk membenci.. Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris?? Jeng jeng..ada maksud tersirat disebalik tu..heee..Mengapa tidak mahu melupakan apabila disakiti?Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain beerti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf..Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah.. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita..Bila ada orang membuat kesilapan,siapakah kita untuk marah,berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya..

Setiap orang ada kelemahannya dan kekurangannya,termasuk diri kita..kalau hari ini orang bersalah dengan kita,tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang.Apakah kita jamin yang kita tidak akan dapat membuat salah atau silap?kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita ,pasti orang lain mengharapkan kemaafan diri kita..


 

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua..Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH..Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya..Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH.. Umpamanya  kita berkata “ALLAH,tidak patut Kau buat aku begini”..


 

Bila orang bersalah dengan kita selidikilah apakah dosa kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap
manusia atau kecuaian kita pada ALLAH,nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja..

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH,seharusnya kita bersyukur kerana dihukum didunia ini..Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia ini agar terlepas hukuman yang lebih dasyat di akhirat..Sepatutnya ini mengembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain,kita tidak untung apa-apa..Apalagi kalau berdendam atau bertindak balas dan berkasar terhadapnya jadi kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.


Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan,yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH yang Maha Mengetahui..Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa ,kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita..


RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:

“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU”


Lastly 

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN " 



P/S : Already forgave u..tapi tak mungkin dpt terima balik dah..semoga sentiasa dibawah lindungan Allah:)
 

Friday, July 13, 2012

Alhamdulillah!


Assalamualaikum hunny bunny, ALHAMDULILLAH dah habis exam! rasa lega untuk sementara waktu..hee..i'm doing all my job..so sekarang hanya mampu berserah 100% kepada ALLAH..atas semua ketentuan ALLAH apa pun akan terjadi:)..

Fira balik Penang Ahad ni..doakan semoga perjalanan pulang fira ke pangkuan keluarga selamat k..tak tau kenapa rasa lain macam je..hee..pelik je rasa..tak sabar nk jumpa mak n adik2..i miss them soooo much!! tapi before balik fira ada nak jumpa someone..tapi orang tu tak nk jumpa fira..maybe dia dah benci sangat kat fira..ape pon fira doakan that sumone happy dan sentiasa dirahmati ALLAH..:) Fira sentiasa doakan yg terbaik untuk dia..heee..

Lastly, Oh ALLAH please take care of my family if YOU asked me to meet YOU early..eh kenapa lah fira merepek bukan2..tapi tak tau kenapa this few days rasa semacam je..hee..or maybe this is the last time i'm wrote in this blog..heeee..apa pon semoga ALLAH lindungi family fira..i love my family lebih dr sayang diri sendiri..heee..only GOD knows!..Last word Happy Holiday kawan2:) Take care and Assalamualaikum! Semoga kehidupan sentiasa di bawah lindungan ALLAH:)