CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Monday, August 30, 2010

♥ rahsia melalui tulisan by Dr Fadzilah Kamsah ♥


ni gaya aku menulis..agak2 nye cmne laa ye??
Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
·Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
·Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
kesimpulannye:-
Tulisan mencerminkan peribadi…Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup..~!
p/s :agak2 nye tulisan aku cmne laa ek??confused2..

Friday, August 27, 2010

♥ ciri-ciri wanita idaman lelaki ♥


Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. 9. Jangan ganas Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkItalicah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

Wednesday, August 25, 2010

♥ ugut bunuh ♥

hmm..tak sabar nk tulis entri kali ni..huhu..seram sejuk kitorg dibuatnye..huhu..tepat jam 1.30 ptg..kami turun laa nk g class..tgk2 sebuah bus pon xde..huhu..tunggu punya tunggu dah hampir sejam..so pak guard alamanda suggestkan kami call driver bus berkenaan..huh..kami pun menurut perintah..memandangkan ramai di antara kami yg ade test kol 2 ptg..dah kol 2.20 pon bus br mendarat kt pintu pagar uitm..huhu..dah hampir kol 2.30..mesti masuk class lmbt..huhu..bila masuk je dalam bus..salah seorg drpd kami tny lah pkcik bus tu nape dye dtg lmbt..pastu..tak pasal2 pakcik tu nk marah2..smbil maki hamun kami..kami bukan marah dye pon..juz tny je..lepas tu dia mulalah nk tengking2 kami dalam bus..macam org gila pon ade..time tu kaki aku..seram sejuk dibuatnya..sbb selama ni aku tak pernah kena tengking2 macam tu..
pakcik bus tu mengeluarkan kata2 yg kesat sekali..dia ckp mak bapak kitorg ajar kitorg mcm tu ke..belajar tinggi2 tau nk complain je..sepanjang perjalanan ke beringin, dia membebel2..kami buat2 bodo je..sbb takot nk pndg muka dia..tambah2 pulak tak laa ramai pon dalam bus time tu..takot jd pape yg pelik pulak kn??huhu..dah hampir nak sampai beringin..tiba2..pemandu bus tu mengeluarkan satu statement berani mati.."korg tau tak kenapa perempuan sekarang ramai mati kena bunuh??"..sebabnya perangai suka complain laa..dalam hati aku dah menyumpah2 pakcik tu..pastu dia ckp lg "korg tak kenal aku ni sape lg..nnt br korg tau..kalau aku ada pisau sekarang dah lama aku tikam,cucuk2 n sembelih korg semua.."huhu..TAKOTNYE..tak pernah org ugut sebegitu rupa sekali..kami pon dgn nervousnye cpt2 turun dari bus tu..huhu..ada seorg rakan kami sempat call 999 untuk wat report..huhu..tp tanpa disedari tindakan kami disedari pemandu bus berkenaan..alamak..KANTOI..dye terus turn dari bus bercekak pinggang pandang kami semua..dalam hati aku..dah laa aku pakai bj kurung ni..kalo dye kejar sempat ke nk lari..huhu..tanpa memandang kiri dan kanan mase melintas jalan aku pon terus lintas je..sbb takot sgt..nasib baik xde kerekta ke moto..kalo tak dah mati katak kt tgh jalan tu..huhu..ni laa cerita ku..akn ku update lg cerita ku nnt yea..tp yg pasti..aku dah FOBIA nk naik bus g class..huhu..~!


sempat lg tersenyum dalam keadaan nervous dan takot..~!

Sunday, August 22, 2010

♥ duit melayang lagi ♥

macam muka sedih and takot tak??


hmm..adoyai..huhu..ari ni charger laptop pulak buat hal..huhu..da laa br beli je..hari tu beli dah abes RM130..mahal kn?? tiba2 hari ni rosak balik..adoyai..nampak gaya nya duit ku akan melayang lg..mula lah mak membebel nnt..adu..tak sanggup..OH CHARGER nape lah ko wat hal time2 dekat nk raya ni..msetilah mak membebel kn??nak beli bj raya lg..langsir br lg..paham2 je laa..raya setahun sekali..hehe..tp nak macam mana ek??tak bgtau mak..nnt duit sendiri yang melayang..kalau bgtau cnfirm la mak marah..huhu..TAKOT..xpelaa..redha dulu buat sementara ni..on9 kejap2 sudah la..bila sampai rumah nnt baru laa bgtau kot..ouh..takotnye..huhu~!



Saturday, August 21, 2010

♥ akhirnya ♥


waaaa..dah lama gila tak buka blog ni..dah hampir setahun rasanya..mula2 password hilang..pastu tetiba teringat balik..hehe..waa..so macam rajin laa sikit nk berblogging balik..hehe..yeah..rajin ke??haha..tgk masa dan keadaan laa..haha..kalo ade masa lbh leh laa..hehe..skrg ni still dalam construction..hehe..kalo dah siap betul2 nnt br cantik sikit kot..hehe..so selamat bertemu kembali di blogku..hehe~!