CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Thursday, November 25, 2010

♥ Lelaki Masak Tak Cool ♥


baru belajar masak ke bang??haha~!


Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Eh lelaki memasak? Bukan ke lelaki lebih sinonim dengan makan di luar. Tak kan nak memasak pula. Kata orang mana cool lelaki memasak. Makan di kedai kan lebih cepat dan menjimatkan masa. Lagi pula, apa sangat la yang lelaki tahu tentang masakan.
Sinonim seorang lelaki, hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang rasanya lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak.
Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam masakan. Jika lelaki bujang, ada yang cuba melihat apakah mereka itu lelaki lembut. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takut bini!
Benarkah begitu? Jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Malah rancangan-rancangan masakan di kaca televisyen pula sering menampilkan chef dalam kalangan lelaki. Takcool?
Pandangan bahawa hanya kaum wanita tahu memasak barangkali telah lapuk. Lelaki kini sudah tidak betah ke dapur. Bahkan ada yang lebih pakar berbanding wanita dalam bidang masakan. Ada umphh..
Kalau dulu-dulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kata mereka, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah. Hingga tidak lagi terliur masakan di luar.
Namun, kalau lelaki yang pandai memasak, bukankah itu satu bonus buat kaum wanita? Situasi sekarang sudah berubah. Isteri turut sama membanting tulang keluar mencari rezeki. Kadang-kadang tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.
Di sinilah untungnya wanita bersuamikan lelaki yang pandai memasak. Andai punya ruang terluang lelaki yang boleh membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Belum lagi ketika isterinya berpantang setelah bersalin. Sekurang-kurangnya ringan tanggungjawab isteri.
Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Barulah cool.
Memasak sama tanggungjawabnya dengan mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak bagi seorang lelaki. Membayangkan bahawa tiada ego yang tersimpan dalam hati seorang lelaki untuk membantu wanita bergelar isterinya.

P/S: waaa..bestnye kalo ade husband cool mcm ni..hehe~!

4 comments:

izzatul atiqah azhar said...

best kalau dpt suami macam tu , sangat untung .. hehe ..

safirah ahsanuddin said...

tu laa pasal..haha..insyaALLAH dpt tu...hehe..oops..bkn org tu mmg pndai masak ke??hehe~!

izzatul atiqah azhar said...

jap .. sapekah dia ?? hehe ...

safirah ahsanuddin said...

haha..oops..haha:)