CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Monday, December 20, 2010

♥ Seribu Kali Cinta ♥



Hi everyone!! Kali ni nak cite pasal drama ni..korg ske tgk tak?? Fira mmg akn on time tunggu cite ni..hehe.. Seribu Kali Cinta Slot Akasia TV3  menggantikan Drama Chinta TV3.. Drama Seribu Kali Cinta bakal ditayangkan pada 15 November 2010 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.. Seperti biasa Slot Akasia Seribu Kali Cinta ini dipertontonkan selama sejam..
Seribu Kali Cinta TV3 ini dilakonkan oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish dan Norkhiriah. Berdasarkan Sinopsis Seribu Kali Cinta ini nampak macam best.. Apa kata korang plak mengenai Sinopsis Seribu Kali Cinta dibawah:-




SINOPSIS SERIBU KALI CINTA :-



Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.


Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.



Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

P/S: korg rase apa laa kesudahan cite ni kn??any opinion??tak sabar nk tunggu last episod..hehe:)

6 comments:

Anonymous said...

HopE maGic akan Berlaku...!
tOink...!
Suke gAk Tgk citEz nie....
(",)

safirah ahsanuddin said...

hehe..hopefully..haha..cite ni best..:)

fatimahtul zahirah hamdan said...

like2..hehe

izzatul atiqah azhar said...

harap sangat2 dia ingat suaminya .. hehe

horas-harahap said...

hang layan ka cita ni sphere oi!!??? hehe

safirah ahsanuddin said...

fathy:haha..suke gak:)

k.izzatul: haha..hopefully:)

alep:haha..layan laa weyh..hehe:)