CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Saturday, July 30, 2011

♥ Ramadhan Datang Lagi ♥


Assalamualaikum semua..Alhamdullillah diam tak diam dah nk masuk bulan Ramadhan dah..kejap btol masa berlalu yea..Alhamdullillah kita masih sempat bertemu Ramadhan kali ini..kita kena laa bersyukur..yea kawan2..mana lah tau kita tak sempat bertemu Ramadhan seterusnya..ajal maut semua kuasa ALLAH..

Dikesempatan ini fira nak menyusun spuluh jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap fira selama ni..halalkan makan minum kalau ada pernah termakan korg punya makanan ke k..maafkan jugak kalau pernah ada terkasar bahasa dengan sesiapa..mungkin secara sengaja atau tak sengaja..fira nk bersihkan hati nk menempuh bulan Ramadhan ini..hopefully bulan Ramadhan ini akan lebih bermakna..AMIN..hopefully..Semoga kita semua dapat meningkatkan keimanan kepada Allah Taala..Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan.

Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

P/S: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..:)

No comments: