CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I Love Flowers

I Love Flowers

Wednesday, February 06, 2013

Mas Kahwin : Senaskah Al-Quran

Assalamualaikum semua..rajin plak fira update blog..actuallynya sekarang tengah cuti semester..tp ada juga tasks yang nak kena buat..so everyday online lah jawabnya..research pon research jugak..tp bila online ada la baca article ni..so memandangkan sekarang ni musin orang kawen..so terbaca lah satu artile pasal mas kahwin ni..hee..so meh la fira share kat sini yea..article ni dipetik dari ILUVISLAM..




Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.


Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu. 

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut. 

Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya. Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang. Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.
 

Monday, February 04, 2013

Syukuri Nikmat Ujian


Assalamualaikum semua, fira ada terbaca kat "I LUV ISLAM" article ni..so jom la kita baca sesama yea..Tak dinafikan, sebagai seorang manusia biasa yang tak ada apa2..kita selalu buat salah..kadang2 iman kita berkurang..kadang2 iman kita bertambah..semoga iman kita bertambah dari sehari ke sehari..AMIN..

Tengok baby kecik ni pon tau bersyukur tau..hehehe

 

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau kurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."

Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.

Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.

Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila  Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana  Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani  boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.

Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan." Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. 

P/S : Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan musibah yang Allah dah tetapkan untuk kita..AMIN:)

Sunday, February 03, 2013

Kawen Kawen Kawen

Assalamualaikum semua, dah  lama fira tak update blog ni..hee..macam malas pon ada..macam bz pon ada..and sometimes macam tak tau nak tulis apa kat blog..Alhamdulillah kita dah masuk tahun baru yea kawan2..tahun ni umur pon dah makin meningkat lah yea..hehe..fira pon dah 23 years old..Masa2 ni lah semua orang sibuk nak tanya pasal kawen..pastu plak ramai kawan2 fira yang dah kawin..Dah ada 4 orang my batch mates kat TKC dah kawen..and dah pregnant..Alhamdulillah..hehe..tak sabar nak dapat anak buah ni..hee..kalau tanya fira bila nak kawen..SORRY! saya belum ada boyfriend yea..belum terbuka hati lagi kot..In Sha Allah one fine day kot..hee..ni gambar kawan2 fira yang dah kawin..

Dewi and Hafiz

Aliaa and Hakim
Dinie and Yazmir
Juge' and Ariff

3 pasangan ni dah bakal nak jadi mak ayah dah..heee..kejap je masa berlalu..pejam celik pejam celik dah kawen dah semua..dulu asa kat TKC sama2 main netball..sama2 buat English Drama..sama2 buat belajar..siapa pulak kawen lepas ni?? adakah Fatin and Shahiran?? Iza Can dan Helmy?? Dlow and Haziq?? haha..semua cepat2 kawen yea..


Turn fira lambat lagi yea kawan2..jangan tanya okay bila..heee..nnt dah nak kawin kad akan sampai..jgn risau bukan dalam masa terdekat..hehe..lama lagi..heee..fira ada terbaca artikel pasal perkahwinan ni..jom sama2 baca jom!


" Semua pasangan yang melangkahkan kaki mereka ke alam perkahwinan bercita-cita untuk membina sebuah mahligai yang kekal bahagia dengan penuh keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Bagi mencapai matlamat ini, bererapa panduan berikut boleh direnungi bersama :-"
  
1) Meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. 

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."(Surah Al-Furqan, Ayat 74)

2) Menyedari pada hakikatnya bahawa pasangan adalah jodoh yang telah ditentukan Allah s.w.t.
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-An'am, Ayat 17)

3) Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri sepertimana dituntut dalam agama Islam. 

"...mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." (Surah Al-Baqarah, Ayat 187)
Pakaian di sini bermakna melindung, menanggung dan mengukuhkan antara mereka. Oleh itu, rumahtangga yang misali di sisi Islam adalah apabila sepasang suami isteri saling bantu-membantu antara satu sama yang lain di setiap aspek hidup berumahtangga.

4) Mewujudukan ikatatan persaudaraan Islamiah sesama suami isteri

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al Hujuraat, Ayat 10)

Sebagai saudara seiman dan seagama, hidup berumahtangga akan saling menyayang, saling bertolak ansur, saling memaafkan dan saling mengerti. Maka apabila berlaku pergesaran, insya ‘Allah dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.

5) Memahami bahawa Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. lebih tinggi daripada segalanya sebagai seorang mukmim.

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri (suami-suami), kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At Taubah, Ayat 24)
Akan tetapi bagi seorang suami, ibubapa adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Manakala, bagi seorang isteri pula, suaminya adalah tempat kedua dan diikuti ibubapanya. Dari itu, suami isteri harus saling mengerti hak dan kedudukan ini agar menjadi seorang mukmin.

6) Sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t. kebahagiaan kehidupan berumahtangga.

"Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Surah Ar Rad, ayat 29)

Insya ‘Allah, rumahtangga yang dibina kekal bagi mereka yang berjaya menghayati panduan-panduan tersebut. "Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada (agama)-Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya (surga) dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus (untuk sampai) kepada-Nya." (Surah An Nisa, Ayat 175)


P/S : Semoga rumah tangga yang dibina kekal sampai ke syurga..AMIN:)